Isnin, 3 Mei 2010

PUISI BUAT IBU

Walaupun ibuku sudah 8 tahun meninggalkan alam fana ini.. namun tidak sedetik pun hatiku melupainya... Ibu... Engkaulah ratu hatiku.. Sempena hari ibu yang bakal tiba kuhadiahkan puisi inoi buat ibu tersayang... Walaupun ibu tidak dapat membacanya.. namun ku tetap menghadiahkannya juga untukmu... Ibu.. pergimu tiada pengganti... AL-FATIHAH...


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan