Rabu, 19 Mei 2010

Tarikan di Pangkor - Teluk Nipah

Kepada sesiapa yang bercadang nk bercuti & nk rehatkan fikiran... datanglah ke Pangkor (Teluk Nipah).. di sini Aku letakkan gambar untuk tatapan....
  

Batu Yang Menyerupai Kepala Buaya

Kawasan Snorkling

Teluk Man


Pantai kat Teluk Man

Permandangan di Pantai Coral Bay

Selasa, 18 Mei 2010

Pangkor 2010

Assalammualaikum semua rakan blogger... wah.. tahun ni Aku dgn family bercuti di Pangkor lagi... Destinasi wajib keluarga kami... Best sangat bercuti kat Pangkor.. suasananya tenang... Kami ke Pangkor pada 30hb Mac 2010 yang lalu..(penginapan 3 hari 2 mlm) tp x sempat nk upload gambar n bercerita... Tempat ni sesuai untuk anak2 bermain dan mandi manda di tepi pantai... Kami menginap di satu chalet... NIPAH BAY VILLA... Best sangat suasana chalet tu.. ala2 kampung... Mat Salleh mmg suka dgn chalet ni.. paling cepat dia org menginap 1 minggu.. ada yang 2 minggu... bukan x da chalet lain di sini ... tapi kami suka chalet ni sebab tuan punya very friendly... Che Mat & Kak Yan ... Terima kasih dengan layanan kalian.

Ni nk cerita sikit... sebenarnya kami penginap di Chalet lain mulanya... Chalet P....... ... MasyaAllah dalam internet punyalah cantik gambar dia.. kami pun pergilah kat situ... lepas check in kami masuk tinjau2 keadaan dalam chalet tu la.. first tgk katil.. dlm internet kata blh muat 2-4 org.. bila tgk katil.. alamak cuma ada 2 katil single ja... dah mula x puas hati dah.. pas tu g tinjau bilik air... tandas x leh flush la plak siap ada 'tut' lagi.. ini dah tahap melampau.. so my hubby pun g komplen n dapat tukar room baru.. Dah selesai 1 masalah... ingatkan ok dah.. bila masuk room baru... dia punya aircond plak buat hal x sejuk tp biarlah malas nk komplen lagi dah...

Oleh sebab kami keletihan kami pun ambil keputusan nk duduk ja dalam room tu .. tidur... satu lagi masalah timbul.. x blh tido sbb dia punya staff berkaraoke la plak... kalau sedap suara x pa gak... eeeeeeeee geramnya.. kami paksa diri jugak tido...Ok.. bila dah cukup rehat kami pun bangun nk g tinjau2 kawasan... ada lagi masalah... badan anak kami yg sulong naik gatal2.. (kelopak garam)... apa lagi kami tahu puncanya... pasti CADAR kotor sbb tu anak kami alergik... Ya Allah geramnya... nasib baik bawak calamine (ubat gatal) .. kami pun sapu kat badan dia n pujuk dia..

Ok dah malam dah kami pun dah bosan nk duduk dlm room tu.. so kami g jalan2 kat luar... Dlm perjalanan Aku ngn hubby dah habis2 luahkan rasa kesal tinggal kat chalet P..... tu.. Kami pergi sembang2 dgn mak cik yg buka kedai makan kat situ n cerita la kisah chalet tu... rupa2nya chalet tu mmg blacklist... ramai dah komplen.. kami pun apa lagi bertambah geramla...

Lepas sembang aku n hubby & anak jalan blk... Dlm perjalanan kami buat keputusan nk check out pagi esok & nk menginap kat chalet lain... Kami pun tercari2 chalet yg kami pernah tinggal thn lepas NIPAH BAY VILLA... so aku ajak hubby g kat chalet tu nk booking utk esok n nak minta check in awal pagi... (selalunya check in kul 2 ptg)...Actually pd mulanya kami tercari2 gak chalet tu masa baru sampai siang tadi tp x jumpa... rupa2nya kami masuk salah lorong patutlah x jumpa..

OK... sampai saja kat NIPPAH BAY VILLA nasib kami baik Che Mat.. tuan punya chalet ada.. My hubby pun bagi salam... apa yang kami terkejut dia jawab salam n kata "datang lagi kau orang ye"...Ah terharunya.. dia masih ingat kami... kami pun ceritalah masalah kami & buatlah penempahan bilik utk hari esok.


Nak tahu apa Che Mat kata... senang cerita "kau orang masuklah malam ni" kami pun serba salah.. x jawab apa2.. dia kata lagi.. "masuklah malam ni... pak cik x ambil duit malam ni... kesian anak x selesa kat sana..." kami lagi rasa terharu.. baiknya Che Mat.. nk tolak x sampai hati... hujan pun turun renyai2.. Che Mat kata lagi... "kau orang pergilah ambil baju2 kau orang & tido sini malam ni.. x payah nk fikir2 dah.. pilih ja bilik mana yg kau orang nk.." aduh... kami pun setuju.. waktu nk g ambil baju2 Che Mat bagi kereta dia untuk kami guna... Alhamdulillah budi baik dia kami kenang selamanya... & kalau kami pergi lagi ke Pangkor.. hubby kata kami akan menginap di sini lagi... x kan pergi tempat lain...

OK ni gambar chalet dia...









CONTACT :

Isnin, 3 Mei 2010

PUISI BUAT IBU

Walaupun ibuku sudah 8 tahun meninggalkan alam fana ini.. namun tidak sedetik pun hatiku melupainya... Ibu... Engkaulah ratu hatiku.. Sempena hari ibu yang bakal tiba kuhadiahkan puisi inoi buat ibu tersayang... Walaupun ibu tidak dapat membacanya.. namun ku tetap menghadiahkannya juga untukmu... Ibu.. pergimu tiada pengganti... AL-FATIHAH...


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini