Selasa, 27 April 2010

*************** SEBELUM KITA ****************


Hari ini, sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik..
Fikirkan tentang orang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan..
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa..
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk...
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita..
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup...
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita..
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi masih belum dikabulkan keinginannya.

Sebelum mengeluh tentang rumah yang kotor keranan pembantu tidak mengerjakan tugasnya...
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan..
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain...
Ingatlah bahawa tidak ada seseorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan...
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup dan diberi peluang menikmati kebahagiaan..



2 ulasan:

  1. Bermakna sangat dalam,
    hatur takzim terima kasih atas tadzkirah ini.
    Wassalam.

    BalasPadam
  2. mohon izin untuk saya share di wall fb, terima kasih sebelumnya. Wassalam.

    BalasPadam