Rabu, 28 April 2010

MY FAMILY

JANGAN MENGELUH....AL-QURAN ADA JAWAPAN NYA..



Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ……


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.' -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' - Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' - Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' - Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ' - Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.' - Surah Yusuf ayat 12

Selasa, 27 April 2010

*************** SEBELUM KITA ****************


Hari ini, sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik..
Fikirkan tentang orang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan..
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa..
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk...
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita..
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup...
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita..
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi masih belum dikabulkan keinginannya.

Sebelum mengeluh tentang rumah yang kotor keranan pembantu tidak mengerjakan tugasnya...
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan..
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain...
Ingatlah bahawa tidak ada seseorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan...
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup dan diberi peluang menikmati kebahagiaan..



Ahad, 25 April 2010

MY LOVELY DAUGHTER ....... FATNIN AYUNI


Ini gambar anakku yang sulong.. Fatnin Ayuni... Masa ni umur dia 7 bulan.. baru saja keluar wad sebab demam..pas tu kena demam campak plak.. kesiannya anak ibu...

Sabtu, 24 April 2010

BLOG MASIH DALAM PEMBINAAN

Salam Semua kawan2.. harap maaf, blog ini masih dlm pembinaan.. tiada catatan dimuatkan